TERIMA KASIH KEPADA SEMUA!!

Jika anda baru saja melawat blog kami, sila klik bhg "SELAMAT DATANG" .

HARGA JUALAN BARANGAN HARI INI!!

BERIKUT HARGA JUALAN BEBERAPA BARANGAN KAMI PADA 01/04/12:


jangan mare dah lame tak update blog...


1. ayam segar RM5.50/kg 2. sawi hijau RM3.00/kg 3. timun RM2/kg 4. tomato RM3.50/kg 5. cili padi RM7/kg 6. cili merah/ hijau RM8/RM9/kg 7. karot RM3/kg 8. kailan/ baby kailan RM6/kg 9. kacang panjang RM4/kg 10. daun kuchai RM5/kg 11. kobis bulat RM3/kg 12. kobis panjang RM4/kg 13. bunga kobis RM5/kg 14. kangkung RM5/kg 15. celery RM5/kg 16. tauhu RM0.25/1 ketul 17. bawang putih (guni 4kg) RM11/kg 18. ikan bilis belah (sederhana) RM12-16/kg 19. cili kering (India/China) RM10 20. ubi kentang (guni 5kg) rm6 21. bawang besar (India) RM2.50/kg 22. kentang goreng (biasa/ crincle cut) RM5/kg 23. ikan bawal hitam (kecil) RM11-13/kg 24. ikan kembung RM7-10/kg 25. ikan kerisi RM8-9/kg 26. ikan tongkol RM7-9/kg 27. ikan talapia merah RM7.50/kg 28. ikan selayang RM5-8/kg 29. ikan siakap RM13-15/kg 30. udang (sederhana) RM13-15/kg 31. sotong RM13-16/kg 32. ikan cencaru RM6/kg 33. sotong kembang RM14/kg 34. daging lembu (top side india) RM13/kg 35. daging lembu (t/s australia) RM14/kg 35. tulang lembu RM9/kg 36. lamb shoulder (NZ) RM20/kg 37. santan (pekat) RM4.50/kg 38. fresh oren RM0.80/biji 39. epal hijau RM0.80/biji 40. tembikai RM2.80/kg 41. pisang berangan RM2.90/kg 42. pisang abu RM2.50/kg (gred A) 43. isi ayam (BB)2kg (A) RM21/ paket 44. ayam chicken chop RM25.50/paket 2kg 45. beras nasi dagang RM6.80/kg. 46. bihun 3kg RM9/pek 47. telur ayam gred B/C RM6.45/RM6.75/rak 48. telur ayam kampung RM12/papan 49. telur masin RM0.80/biji 50. keropok lekor (chip) RM7/pek.



produk tetap kami (delivery by pos jika luar k.l):
1- serunding daging rm9/150gm
2- serunding ayam rm10/150gm
3- serunding ikan rm8.50/200gm.


* harga sayuran sudah agak stabil sekarang berbanding 2/3 bulan lpas (ketika banjir Thailand mengakibatkan banyak sayuran naik harga).


Harga jualan berubah mengikut harga pasaran semasa. Hubungi kami (014-2635015) utk harga terkini!!

# penghantaran untuk kawasan sekitar 20km radius shj (drp Pasar Borong Selangor- kecuali serunding delivery seluruh negara).


Ahad, 15 Mei 2011

PENGORBANAN SEORANG IBU

Oleh Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad
drasmadi@maptraining.com.my

HARI Ibu datang lagi. Saya mengambil peluang mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu saya yang berkorban dan sentiasa berdoa demi kejayaan saya hari ini. Juga, buat ibu mentua, ibu-ibu yang pernah memasukkan anak-anak mereka ke program motivasi saya dan semua yang bergelar ibu.

Maka, sibuklah kita memikirkan apakah hadiah atau pemberian terbaik untuk ibu. Ibu perlu dikenang setiap masa, namun tiada salahnya seorang anak memilih satu hari yang istimewa bagi memperingati jasa dan pengorbanan ibu.

Seorang ibu boleh membesarkan 10 anak tetapi 10 anak belum tentu boleh membesarkan seorang ibu. Begitulah hebatnya ibu.

Ibu tidak mengharapkan apa-apa kecuali menumpang sedikit kasih di hari tua, ketika uzur dan sakit. Mereka mahukan doa seorang anak soleh selepas meninggal dunia.

Bagi melahirkan anak-anak yang hormat ibu bapa dan mendengar kata, ibu bapa perlu melakukan sesuatu ketika membesarkan anak-anak.

Pertama, banyak berdoa untuk anak-anak. Doa ibu adalah kekuatan seorang anak. Berdoa setiap kali lepas solat, ketika bangun malam dan bermunajat kepada Allah, ketika memasak makanan dan setiap kali teringat mereka.

Kedua, seimbangkan dunia dan akhirat ketika membesarkan anak-anak. Tiada guna anak seorang doktor, jurutera atau peguam yang disanjung manusia tetapi tidak pernah berdoa untuk ibu bapanya. Malah, jarang pulang menjenguk ketika hidup apatah lagi pusara kita selepas meninggal dunia.

Salah siapa semua ini?

Memang anak-anak boleh dipersalahkan tetapi ibu bapa juga ada silapnya kerana ketika membesarkan mereka, ibu bapa lebih mengutamakan akademik sehingga mengabaikan sahsiah dan agama.

Hari ini ibu bapa sanggup menghabiskan ratusan ringgit bagi memastikan anak-anak mereka mendapat semua ‘A’ dalam pelajarannya tetapi hanya segelintir berkorban wang bagi membentuk akhlak anak-anak menjaga solat, menimba ilmu agama dan beradab.

Untuk lebih lanjut lawati harian metro online: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Besarnyapengorbananibu/Article/index_html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JADI RESELLER EBOOKS DGN MODAL RM20 SHJ!!