TERIMA KASIH KEPADA SEMUA!!

Jika anda baru saja melawat blog kami, sila klik bhg "SELAMAT DATANG" .

HARGA JUALAN BARANGAN HARI INI!!

BERIKUT HARGA JUALAN BEBERAPA BARANGAN KAMI PADA 01/04/12:


jangan mare dah lame tak update blog...


1. ayam segar RM5.50/kg 2. sawi hijau RM3.00/kg 3. timun RM2/kg 4. tomato RM3.50/kg 5. cili padi RM7/kg 6. cili merah/ hijau RM8/RM9/kg 7. karot RM3/kg 8. kailan/ baby kailan RM6/kg 9. kacang panjang RM4/kg 10. daun kuchai RM5/kg 11. kobis bulat RM3/kg 12. kobis panjang RM4/kg 13. bunga kobis RM5/kg 14. kangkung RM5/kg 15. celery RM5/kg 16. tauhu RM0.25/1 ketul 17. bawang putih (guni 4kg) RM11/kg 18. ikan bilis belah (sederhana) RM12-16/kg 19. cili kering (India/China) RM10 20. ubi kentang (guni 5kg) rm6 21. bawang besar (India) RM2.50/kg 22. kentang goreng (biasa/ crincle cut) RM5/kg 23. ikan bawal hitam (kecil) RM11-13/kg 24. ikan kembung RM7-10/kg 25. ikan kerisi RM8-9/kg 26. ikan tongkol RM7-9/kg 27. ikan talapia merah RM7.50/kg 28. ikan selayang RM5-8/kg 29. ikan siakap RM13-15/kg 30. udang (sederhana) RM13-15/kg 31. sotong RM13-16/kg 32. ikan cencaru RM6/kg 33. sotong kembang RM14/kg 34. daging lembu (top side india) RM13/kg 35. daging lembu (t/s australia) RM14/kg 35. tulang lembu RM9/kg 36. lamb shoulder (NZ) RM20/kg 37. santan (pekat) RM4.50/kg 38. fresh oren RM0.80/biji 39. epal hijau RM0.80/biji 40. tembikai RM2.80/kg 41. pisang berangan RM2.90/kg 42. pisang abu RM2.50/kg (gred A) 43. isi ayam (BB)2kg (A) RM21/ paket 44. ayam chicken chop RM25.50/paket 2kg 45. beras nasi dagang RM6.80/kg. 46. bihun 3kg RM9/pek 47. telur ayam gred B/C RM6.45/RM6.75/rak 48. telur ayam kampung RM12/papan 49. telur masin RM0.80/biji 50. keropok lekor (chip) RM7/pek.



produk tetap kami (delivery by pos jika luar k.l):
1- serunding daging rm9/150gm
2- serunding ayam rm10/150gm
3- serunding ikan rm8.50/200gm.


* harga sayuran sudah agak stabil sekarang berbanding 2/3 bulan lpas (ketika banjir Thailand mengakibatkan banyak sayuran naik harga).


Harga jualan berubah mengikut harga pasaran semasa. Hubungi kami (014-2635015) utk harga terkini!!

# penghantaran untuk kawasan sekitar 20km radius shj (drp Pasar Borong Selangor- kecuali serunding delivery seluruh negara).


Isnin, 30 Mei 2011

PENGGUNA INTERNET DI MALAYSIA

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat perkembangan internet di Malaysia agar sama-sama memberi kita gambaran tentang potensi besar industri ini. Di bawah adalah jumlah pengguna internet di Asia pada 2009 mengikut laporan Internet Worlds Stats (http://www.internetworldstats.com/). Walaupun statistik menunjukkan Malaysia menduduki tempat ke-9, tetapi jangan lupa jumlah yang dinyatakan (16.9 juta) adalah jumlah pengguna internet daripada keseluruhan penduduk negara.

1. China = 384 juta
2. Jepun = 96 juta
3. India = 81 juta
4. Korea Selatan = 37.5 juta
5. Indonesia = 30 juta
6. Filipina = 24 juta
7. Vietnam = 22.8 juta
8. Pakistan = 18.5 juta
9. Malaysia = 16.9 juta
10. Thailand = 16.1 juta 

Jumlah pengguna internet di negara kita sebenarnya mewakili sejumlah 64.6% daripada keseluruhan penduduk negara pada 2009. Statistik tersebut menunjukkan kemajuan infrastruktur negara (jaringan internet) yang semakin menghampiri negara-negara maju Asia seperti Jepun dan Korea. Jumlah pengguna internet negara (berbanding jumlah penduduk) adalah jauh lebih baik berbanding dengan Negara China (31.6%), India (6.9%), Indonesia (12.3%), Filipina (29.7%), Thailand (26.3%), Vietnam (27.1%). Untuk maklumat lanjut boleh lawati http://www.internetworldstats.com.

Berikut beberapa maklumat menarik lain berkenaan penggunaan internet untuk dikongsi:

1- Jumlah pengguna Internet Asia adalah mewakili 42% daripada keseluruhan pengguna internet dunia;
2- Penduduk China mewakili 50.9% pengguna internet dunia pada 2009;
3- 93% daripada penduduk dunia di bawah umur 40 tahun menyertai laman social internet;
4- Secara purata orang dewasa menghabiskan lebih 15 jam seminggu di internet;
5- Secara purata 50% pengguna Facebook akan “log in” setiap hari di mana mereka akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya 55 minit di FB;
6- Twitter mencatatkan purata 50 juta kemaskini status setiap hari;
7- Facebook mencatatkan purata 60 juta kemaskini status setiap hari;
8- 34% pengguna internet mempercayai pendapat blogger tentang produk & servis;
9- 44% pengguna Twitter menyarankan tentang produk atau perkhidmatan;
10- Brunei mempunyai jaringan internet paling baik di Asia Tenggara, di mana sebanyak 80.7% daripada penduduknya mempunyai capaian internet. Di Asia ianya lebih baik daripada jepun (78.2%), Singapura (77.85) dan Hong Kong (68.8%).

Sekian terima kasih.

Jumaat, 20 Mei 2011

JANGAN RASA DIRI TERLALU KERDIL...

(SIRI PEMBANGUNAN DIRI- Buat ingatan diri saya & sesiapa yang sudi mengamalkannya)..

Mempercayai diri kita lemah sebelum terbukti lemah adalah kelemahan dan kekalahan kita yang paling nyata. Penyelesaian bagi setiap masalah dapat dilakukan dengan mengenali kelemahan diri, menerima kenyataan kekurangan diri dan bukannya menidakkannya.

Cuba teliti kisah ini yang boleh dibaca melalui buku Playing from the Heart , iaitu Roger Crawford orang Amerika yang dilahirkan dengan satu kaki dan  dua lengan, tiada tangan. Dia menjadi pemain tenis profesional dan mendapat taraf profesional serta melatih orang bermain tenis sebagai mata pencariannya. Kemudian, perhatikan pula berapa ramai orang buta berjaya menjejakkan kaki ke universiti, ada yang berjaya menjadi pensyarah dan profesor. Berapa ramai orang yang asalnya miskin malah muflis mampu menjadi hartawan (malah jutawan)..
dipetik dari buku Positif Untuk Berjaya (Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, Ahmad Zabidi Abdul Razak & Nur Hanani Hussin (2008).

Sekarang bandingkan dengan keadaan diri/ hidup kita yang punya segala kemudahan, diberikan Allah segala kenikmatan yang mungkin ramai orang lain tak dapat.. Masihkah kita ingin mencari alasan kenapa kita tidak boleh buat itu dan ini? Masihkan kita mencari sebab untuk tidak melakukan apa yang patut kita lakukan? Masihkah kita hanya berpada dengan apa yang kita ada? Marilah kita sama-sama lakukan sesuatu yang lebih baik hari ini kerana “perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama”.

Khamis, 19 Mei 2011

NAK JUMPA IRFAN KHAIRI?

Semalam (18/5/11) alhamdulillah sempat hadir sesi ceramah Mentor Jutawan, Irfan Khairi (IK) tentang perniagaan internet, di De Palma Ampang. Syukur kerana dari tahun lepas lagi nak join sesi beliau, namun tak bekesempatan ada saja hal yang membantutkan usaha. Sesi malam tadi lebih kepada prelude “Revolusi Media Sosial” yang bakal beliau kendalikan pada 15/10/2011 di KL Convention Centre, K.L.

Teringat kepada beliau, saya ingin berkongsi beberapa perkara penting tentang beliau/ bisnes beliau yang boleh kita jadikan panduan. Pertama, IK bukan berjaya atau kaya dalam masa singkat tetapi mengambil masa yang agak lama. Beliau memulakan perniagaan internet pada 2000 lagi (menulis blog mula 2006), dan seperti yang ramai mungkin dah tahu perniagaan internet awal beliau gagal. Dari situ beliau mengkaji dan mencari sebab post-mortem la katakan sebab2 kegagalan beliau. Diringkaskan cerita beberapa tahun kemudian beliau berjaya menjadi usahawan Internet Melayu pada usia 25 tahun! Tentu ramai anak muda kita bersemangat bila melihat fakta jutawan dalam usia 25 tahun, tetapi jangan lupa menyoroti setiap kisah susah payah beliau sebelum bergelar jutawan.. Memetik kata-kata yang beliau dan ramai tokoh lain selalu sebutkan: “tiada jalan mudah untuk berjaya”.

Resepi kejayaan hampir sama saja walau di mana bidang kita berada. Kejayaan perlukan keazaman, ilmu pengetahuan, usaha gigih, pengorbanan masa & wang. Untuk berjaya kita juga perlukan bantuan dan sokongan moral dari insan-insan yang terdekat.

Kedua IK sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan untuk meningkatkan perniagaan beliau. Beliau juag banyak mengkaji sejarah tokoh2 yang sudah berjaya dan akan mengikuti langkah-langkah mereka jika didapati langkah2 mereka telah membawa kejayaan. Beliau juga amat peka dengan keadaan semasa dan cepat menyesuaikan perniagaan dengan permintaan semasa pelanggan. Banyak lagi jika ingin ditulis tentang beliau, cukuplah jika kita dapat mengamalkan beberapa langkah yang beliau lakukan tersebut InsyaAllah kita juga akan berjaya kalapun tidak sehebat beliau.

Saya bukan nak promosikan sesi “Revolusi Media Sosial”, tetapi untuk yang berminat mengetahui lebih lanjut, boleh lawat laman berikut:

Selasa, 17 Mei 2011

APA BAKAT ANDA...

Saya ingin berkongsi sedikit info berkenaan pandangan beberapa tokoh Jutawan berkenaan beberapa isu. Pandangan tersebut adalah petikan dari ebook “MENTOR JUTAWAN” (kami adalah pemegang lesel resell right).
Hari ini saya mulakan dengan petikan temuramah Irfan Khairi bersama pakar motivasi, Dato’ Dr. Hj. Fadzillah Kamsah.

Irfan Khairi:
“Apa yang dituntut ialah supaya menjadi cemerlang dalam apa jua yang kita lakukan. Apabila kita cemerlang, pulangannya juga akan jadi cemerlang. Betulkan Dato’?
Dato Dr. Fadzillah Kamsah.
“Betul”.
Irfan Khairi:
“Jadi Dato’ cara nak jadi kaya… apa pilihan yang ada”?

Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah:
“Sebenarnya ianya terpulang. Masing-masing ada bakat. Saya pernah terbaca satu buku dalam erti kata baca sedikit sahaja tetapi setelah saya dapat kata-kata dalam buku itu saya rasa nilai yang saya beli buku itu dengan harga RM65 telah menjadi RM6 juta bagi saya. Kata-katanya ialah:

“Kalau kamu membandingkan diri kamu dengan orang lain maka kamu telah menghina diri kamu”. Sayapun termenung. Memang apa yang dikata adalah betul iaitu Allah itu Maha Adil lagi saksama, Allah jadikan manusia itu tiada bezanya, kita sama hebat tapi kita tidak serupa.

Jadi disitu kita kena ingatkan diri kita bahwa, jangan kita merendah-rendahkan diri. Rendah diri itu satu sifat yang baik, tetapi merendah-rendahkan diri itu menjadi satu kekangan atau kelemahan. Jadi macamana kita nak jadi kaya, kita kena tengok yang pertama…

Di mana kehebatan kita iaitu bakat-bakat kita, semua orang ada bakat-bakat yang tersendiri. Bakat ini adalah di mana dia mudah belajar, dia minat, kegairahan atau dia seronok….

Untuk membaca sepenuhnya, dapatkan ebook di sini:

Isnin, 16 Mei 2011

TERIMA KASIH CIKGU

SELAMAT HARI GURU diucapkan buat semua guruku di mana jua kalian berada. Ketahuilah saya sentiasa mendoakan agar dipermudahkan segala urusan kalian, selepas doa kepada dua ibu bapaku kerana itulah tempat selayaknya buat kalian. Atas segala penat lelah kalian mendidik diriku tidak terbalas dgn apa jua usaha & tiada kata2 terbaik buat diucapkan tanda terima kasih. Hanya Tuhan saja layak membalasnya.


Sekali lagi TERIMA KASIH buat guru-guru yang pernah mendidikku di SK TOK SANGKUT, PASIR MAS (1978-1983), SMA ARAB AL-KHAIRIAH, BANGGOL STOL, PASIR MAS (1984-1988), SMA ARAB PASIR MAS (MAAHAD MUHAMMADI) 1989-1990, dan UIAM (1990-1996).

JUGA TERIMA KASIH buat semua guru yang gigih mendidik anak-anak kami di SK BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR dan SMA KUALA LUMPUR.

TIDAK dilupakan buat semua guru di mana saja anda berada semoga kehidupan kalian sentiasa dirahmati Ilahi.. Kepada yg sudah meninggal al-fatihah buat kalian semoga roh anda ditempatkan bersama anbiyaa’ dan solihain. Amin!

Ahad, 15 Mei 2011

PENGORBANAN SEORANG IBU

Oleh Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad
drasmadi@maptraining.com.my

HARI Ibu datang lagi. Saya mengambil peluang mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu saya yang berkorban dan sentiasa berdoa demi kejayaan saya hari ini. Juga, buat ibu mentua, ibu-ibu yang pernah memasukkan anak-anak mereka ke program motivasi saya dan semua yang bergelar ibu.

Maka, sibuklah kita memikirkan apakah hadiah atau pemberian terbaik untuk ibu. Ibu perlu dikenang setiap masa, namun tiada salahnya seorang anak memilih satu hari yang istimewa bagi memperingati jasa dan pengorbanan ibu.

Seorang ibu boleh membesarkan 10 anak tetapi 10 anak belum tentu boleh membesarkan seorang ibu. Begitulah hebatnya ibu.

Ibu tidak mengharapkan apa-apa kecuali menumpang sedikit kasih di hari tua, ketika uzur dan sakit. Mereka mahukan doa seorang anak soleh selepas meninggal dunia.

Bagi melahirkan anak-anak yang hormat ibu bapa dan mendengar kata, ibu bapa perlu melakukan sesuatu ketika membesarkan anak-anak.

Pertama, banyak berdoa untuk anak-anak. Doa ibu adalah kekuatan seorang anak. Berdoa setiap kali lepas solat, ketika bangun malam dan bermunajat kepada Allah, ketika memasak makanan dan setiap kali teringat mereka.

Kedua, seimbangkan dunia dan akhirat ketika membesarkan anak-anak. Tiada guna anak seorang doktor, jurutera atau peguam yang disanjung manusia tetapi tidak pernah berdoa untuk ibu bapanya. Malah, jarang pulang menjenguk ketika hidup apatah lagi pusara kita selepas meninggal dunia.

Salah siapa semua ini?

Memang anak-anak boleh dipersalahkan tetapi ibu bapa juga ada silapnya kerana ketika membesarkan mereka, ibu bapa lebih mengutamakan akademik sehingga mengabaikan sahsiah dan agama.

Hari ini ibu bapa sanggup menghabiskan ratusan ringgit bagi memastikan anak-anak mereka mendapat semua ‘A’ dalam pelajarannya tetapi hanya segelintir berkorban wang bagi membentuk akhlak anak-anak menjaga solat, menimba ilmu agama dan beradab.

Untuk lebih lanjut lawati harian metro online: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Besarnyapengorbananibu/Article/index_html

PROMOSI EBOOK MENTOR JUTAWAN (IRFAN KHAIRI)

Membongkar RAHSIA kejayaan 8 Mentor
Jutawan Malaysia!

Apakah harga satu ilmu yang boleh diperturunkan oleh satu jutawan kepada anda untuk kejayaan anda?

Berapa banyak wang yang anda boleh perolehi sekiranya anda ketahui rahsia kelapan-lapan mentor jutawan ini?

* Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor!

* Azizi Ali, Jurulatih jutawan

* Chef Li (Dato' Dr Rusly), Jutawan Senyap

* Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM)

* Billi Lim, Jutawan Berani Gagal

* Dato’ Hussamuddin, Pengasas Kumpulan Karangkraf

* Abang Abu, Usahawan/Motivator/Jutawan dari Singapura

* Irfan Khairi, Jutawan Internet


Bayangkan anda boleh duduk bersemuka dengan kesemua ikon jutawan ini dan mereka mendedahkan mutiara-mutiara ilmu satu demi satu kepada anda!


Bayangkan setiap jutawan ini membantu anda meledakkan pendapatan anda- hanya satu kunci yang disampaikan boleh melipatkali gandakan pendapatan anda. Tetapi, di sini, anda akan memperolehi seratus satu kunci kejayaan!


DAPATKAN EBOOK "MENTOR JUTAWAN" (oleh Jutawan Internet, Irfan Khairi) HARI INI!!

HARGA PROMOSI RM40 SHJ.
Amat murah berbanding pengalaman tak ternilai tokoh2 terlibat!

Kami juga mencari agen-agen di SELURUH NEGARA untuk memasarkan ebook hebat ini. InsyaAllah komisen menarik untuk agen.. Tidak syarat pembelian untuk menjadi agen. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
klik di sini utk maklumat lanjut:
http://www.8jutawan.com/my/azmiramli

JADI RESELLER EBOOKS DGN MODAL RM20 SHJ!!