Mempercayai diri kita lemah sebelum terbukti lemah adalah kelemahan dan kekalahan kita yang paling nyata. Penyelesaian bagi setiap masalah dapat dilakukan dengan mengenali kelemahan diri, menerima kenyataan kekurangan diri dan bukannya menidakkannya.
Cuba teliti kisah ini yang boleh dibaca melalui buku Playing from the Heart , iaitu Roger Crawford orang Amerika yang dilahirkan dengan satu kaki dan dua lengan, tiada tangan. Dia menjadi pemain tenis profesional dan mendapat taraf profesional serta melatih orang bermain tenis sebagai mata pencariannya. Kemudian, perhatikan pula berapa ramai orang buta berjaya menjejakkan kaki ke universiti, ada yang berjaya menjadi pensyarah dan profesor. Berapa ramai orang yang asalnya miskin malah muflis mampu menjadi hartawan (malah jutawan)..
dipetik dari buku Positif Untuk Berjaya (Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, Ahmad Zabidi Abdul Razak & Nur Hanani Hussin (2008).
Sekarang bandingkan dengan keadaan diri/ hidup kita yang punya segala kemudahan, diberikan Allah segala kenikmatan yang mungkin ramai orang lain tak dapat.. Masihkah kita ingin mencari alasan kenapa kita tidak boleh buat itu dan ini? Masihkan kita mencari sebab untuk tidak melakukan apa yang patut kita lakukan? Masihkah kita hanya berpada dengan apa yang kita ada? Marilah kita sama-sama lakukan sesuatu yang lebih baik hari ini kerana “perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan