TERIMA KASIH KEPADA SEMUA!!

Jika anda baru saja melawat blog kami, sila klik bhg "SELAMAT DATANG" .

HARGA JUALAN BARANGAN HARI INI!!

BERIKUT HARGA JUALAN BEBERAPA BARANGAN KAMI PADA 01/04/12:


jangan mare dah lame tak update blog...


1. ayam segar RM5.50/kg 2. sawi hijau RM3.00/kg 3. timun RM2/kg 4. tomato RM3.50/kg 5. cili padi RM7/kg 6. cili merah/ hijau RM8/RM9/kg 7. karot RM3/kg 8. kailan/ baby kailan RM6/kg 9. kacang panjang RM4/kg 10. daun kuchai RM5/kg 11. kobis bulat RM3/kg 12. kobis panjang RM4/kg 13. bunga kobis RM5/kg 14. kangkung RM5/kg 15. celery RM5/kg 16. tauhu RM0.25/1 ketul 17. bawang putih (guni 4kg) RM11/kg 18. ikan bilis belah (sederhana) RM12-16/kg 19. cili kering (India/China) RM10 20. ubi kentang (guni 5kg) rm6 21. bawang besar (India) RM2.50/kg 22. kentang goreng (biasa/ crincle cut) RM5/kg 23. ikan bawal hitam (kecil) RM11-13/kg 24. ikan kembung RM7-10/kg 25. ikan kerisi RM8-9/kg 26. ikan tongkol RM7-9/kg 27. ikan talapia merah RM7.50/kg 28. ikan selayang RM5-8/kg 29. ikan siakap RM13-15/kg 30. udang (sederhana) RM13-15/kg 31. sotong RM13-16/kg 32. ikan cencaru RM6/kg 33. sotong kembang RM14/kg 34. daging lembu (top side india) RM13/kg 35. daging lembu (t/s australia) RM14/kg 35. tulang lembu RM9/kg 36. lamb shoulder (NZ) RM20/kg 37. santan (pekat) RM4.50/kg 38. fresh oren RM0.80/biji 39. epal hijau RM0.80/biji 40. tembikai RM2.80/kg 41. pisang berangan RM2.90/kg 42. pisang abu RM2.50/kg (gred A) 43. isi ayam (BB)2kg (A) RM21/ paket 44. ayam chicken chop RM25.50/paket 2kg 45. beras nasi dagang RM6.80/kg. 46. bihun 3kg RM9/pek 47. telur ayam gred B/C RM6.45/RM6.75/rak 48. telur ayam kampung RM12/papan 49. telur masin RM0.80/biji 50. keropok lekor (chip) RM7/pek.



produk tetap kami (delivery by pos jika luar k.l):
1- serunding daging rm9/150gm
2- serunding ayam rm10/150gm
3- serunding ikan rm8.50/200gm.


* harga sayuran sudah agak stabil sekarang berbanding 2/3 bulan lpas (ketika banjir Thailand mengakibatkan banyak sayuran naik harga).


Harga jualan berubah mengikut harga pasaran semasa. Hubungi kami (014-2635015) utk harga terkini!!

# penghantaran untuk kawasan sekitar 20km radius shj (drp Pasar Borong Selangor- kecuali serunding delivery seluruh negara).


Isnin, 30 Mei 2011

PENGGUNA INTERNET DI MALAYSIA

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat perkembangan internet di Malaysia agar sama-sama memberi kita gambaran tentang potensi besar industri ini. Di bawah adalah jumlah pengguna internet di Asia pada 2009 mengikut laporan Internet Worlds Stats (http://www.internetworldstats.com/). Walaupun statistik menunjukkan Malaysia menduduki tempat ke-9, tetapi jangan lupa jumlah yang dinyatakan (16.9 juta) adalah jumlah pengguna internet daripada keseluruhan penduduk negara.

1. China = 384 juta
2. Jepun = 96 juta
3. India = 81 juta
4. Korea Selatan = 37.5 juta
5. Indonesia = 30 juta
6. Filipina = 24 juta
7. Vietnam = 22.8 juta
8. Pakistan = 18.5 juta
9. Malaysia = 16.9 juta
10. Thailand = 16.1 juta 

Jumlah pengguna internet di negara kita sebenarnya mewakili sejumlah 64.6% daripada keseluruhan penduduk negara pada 2009. Statistik tersebut menunjukkan kemajuan infrastruktur negara (jaringan internet) yang semakin menghampiri negara-negara maju Asia seperti Jepun dan Korea. Jumlah pengguna internet negara (berbanding jumlah penduduk) adalah jauh lebih baik berbanding dengan Negara China (31.6%), India (6.9%), Indonesia (12.3%), Filipina (29.7%), Thailand (26.3%), Vietnam (27.1%). Untuk maklumat lanjut boleh lawati http://www.internetworldstats.com.

Berikut beberapa maklumat menarik lain berkenaan penggunaan internet untuk dikongsi:

1- Jumlah pengguna Internet Asia adalah mewakili 42% daripada keseluruhan pengguna internet dunia;
2- Penduduk China mewakili 50.9% pengguna internet dunia pada 2009;
3- 93% daripada penduduk dunia di bawah umur 40 tahun menyertai laman social internet;
4- Secara purata orang dewasa menghabiskan lebih 15 jam seminggu di internet;
5- Secara purata 50% pengguna Facebook akan “log in” setiap hari di mana mereka akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya 55 minit di FB;
6- Twitter mencatatkan purata 50 juta kemaskini status setiap hari;
7- Facebook mencatatkan purata 60 juta kemaskini status setiap hari;
8- 34% pengguna internet mempercayai pendapat blogger tentang produk & servis;
9- 44% pengguna Twitter menyarankan tentang produk atau perkhidmatan;
10- Brunei mempunyai jaringan internet paling baik di Asia Tenggara, di mana sebanyak 80.7% daripada penduduknya mempunyai capaian internet. Di Asia ianya lebih baik daripada jepun (78.2%), Singapura (77.85) dan Hong Kong (68.8%).

Sekian terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JADI RESELLER EBOOKS DGN MODAL RM20 SHJ!!